Total Pageviews

Saturday, March 19, 2011

CINTA? apa itu CINTA??

Sungguh cinta itu tidak pernah salah, malah ia m'beri cahaya kehidupan dan harapan pada dunia yg m'cabar ini. Hanya kita sebagai manusia yg sering salah menggunakan cinta itu.

Namun kita tahu akan kelemahan diri kita. Kita tahu di mana tempatnya kita bakal jatuh, jika kurang berhati2.

Aku takut apabila aku menyayangi seseorang, aku akan menyayangi dia lebih dari dia menyayangi aku.

Kebanyakan wanita, kita amat mudah menyintai dan menyayangi manusia lainnya. hati kita dipenuhi cinta dan sayang. Terkadang mampu dikawal, terkadang m'cengkam dan memakan diri kita sendiri.

Aku tidak mengatakan cinta itu salah sebelum perkahwinan. Cuma kelemahan aku sendiri, aku pasti, jika cinta itu sebelum terjadinya akad, pasti aku akan menjadi manusia yg hina di sisi Allah. Kerana aku tahu, ketika pintu hatiku terbuka utk sebuah cinta, limpahannya akan mengairi seluruh lautan yg wujud di muka bumi ini.

Tentu pernah atau sering kita dengar, seseorg wanita sanggup m'buat apa sahaja kerana cinta, menyerahkan tubuh, m'jual harta, hanya kerana seorang lelaki yg belum menjadi miliknya.

Dan kita tahu di situlah kelemahan kita. Apabila diberikan yg belum haq, kita akan tenggelam dlm keasyikan.

Dan kerana itu cinta ini disimpan rapi, hanya untuk dimiliki yg hak dan berhak sahaja. Bukan kerana kita membenci cinta itu. Bukan menolak mereka yg menyintai kita. Tapi kerana kita tahu dimana titik lemah kita. Dan cinta itu kita simpan sekedapnya, agar siapa sahaja yg kita berikan cinta itu, biarlah cinta itu hanya kerana Allah semata2.

2 comments: