Total Pageviews

Tuesday, April 24, 2012

sebab mengapa..

assalamualaikum..

alhamdulillah, masih diberi kesempatan utk meneruskan khdipan..
masih lg diberi peluang untk mendoakan utk org2 yg tersayang..

ehem, berbalik pada intro diatas..

SEBAB MENGAPA..
yeah,,sebab mengapa..

SEBAB MENGAPA SAYA NAK KAWIN AWAL

1) sebab teh nak time teh diijabkabulkan, abang sudi utk menjadi wali kpd teh.
2) sebab teh nak, time walimatulurus tu, teh nak mak ade sepanjang mjlis tersebut.
30 sebab teh nak femley teh semua ada time hari bahagia teh.
4) sebab teh nak mak2 pak2 ank2 adik2 sedare teh sama2 membantu bergotong royong, n hepi bersama time kenduri.mknenye : meriah tapi masih lg mengekalkan semua tradisi di kampung untuk majlis bahagia itu.
5) sebab teh nak time teh mengandung, mak ada untuk bagi petua, nasihat utk baby dan bakal puan ibu utk kesihatan bersama.
6) sebab bila dah bersalin, teh nak mak ada utk jaga kebajikan teh time pantang, sama dengan ape yang teh tgok ape yang mak buat dekat yong, yang, cik, n k.ikin.
7) sebab bila anak saya dah beso, mak saya boleh ajar ngaji utk anak2 saya.
8) sebab teh nak mak tgok, yang doa mak dimakbulkan,*supaya kehidupan anak2 mak yang lain termasuk teh bahagia dunia juga diakhirat.
9) sebab supaya dalam apa - apa jua kesusahan mak ada disamping teh.
10)sebab saya nak mak tgok suami teh seorang yang apa mak impikan selama ini.

* menantu pilihan mak
-orangnya tak hensem pun takpe katenye, tp yg penting jaga solat,
-tak reti nyanyi pun takpe, janji tau n amalkn jadi imam.
-tak kaya pun takpe, janji bahagia.
-kalau boleh, nak orang Perak jg katenye..
* tapi bagi saya, org mane pun takpe, asalkn nak balik rumah mertua ^^
asalkan mak sudi duduk dgn keluarga kecik teh tu..

akhir sekali, apabila saya sudah diijabkabulkan,
saya harap, tanggungjawab mak akan berkurangan,
sbb saya tgok mak dah letih sgt..
sbb teh tak mampu nk tgok air mata mak gugur kalo teh tersilp langkah.
moga ALLAH melindungi aku dr sgala maksiat itu..

*ya ALLAH ya TUHANKU, moga kau percepatkan jodohku, KAU ketemukanlah aku dengan jodoh yang dapat mampu membimbing aku, anak2 dan keluarga aku kejalan yang KAU redhoi.

p/s: sy tak gatal, tp, dugaan dan cabaran masa kini terlalu kuat utk aku jalani andai tiada pembimbing.

Saturday, April 21, 2012

sekadar copy_paste..

1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

2. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.

3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.’

4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah dia.’ ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’

6. Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat..

7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah melekat dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa kesombongan.

8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai maupun dalam kesendiriannya.

9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

10. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, apakah aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang bersyukur.’
(subhanallah)…